Agama
& Adat
Perang
Paderi (1816-1833)
Masa
masuknya Islam sebelum serbuan Kaum Paderi, disebut oleh orang Mandailing
maso silom na itom (masa Islam yang hitam). Pada masa itu agama
Islam diantu orang Mandailing secara bercampur aduk dengan pele
begu (agama tradisi). Berapa lama keadaan itu berlaku tidak diketahui
dengan pasti.Perobahan besar berlaku dengan serbuan Kaum Paderi
dari Minangkabau ke Mandailing sekitar 1820 dan membawa apa yang
dijolok oleh orang Mandailing sebagai silom Bonjol (Islam Bonjol),
yakni "satu mazhab Islam yang mencita-citakan kemurnian".
Dengan serbuan Kaum Paderi itu maka bergantilah
maso silom na lom-lom (Islam hitam) dengan apa yang disebut orang
Mandailing maso silom na bontar (masa Islam putih) atau maso silom
Bonjol (masa Islam Bonjol). Hitam barangkali merujuk kepada warna
biru nila (gelap) pakaian penentang-penentang Paderi.
Tombak
and lembing dari zaman Paderi
Orang Mandailing menyebutnya demikian kerana Kaum
Paderi menyerbu Mandailing dari Bonjol, dan Kaum Paderi yang mengembangkan
agama Islam di masa itu umumnya berpakaian warna putih. Masa penyerbuan
Paderi itu terkadang disebut orang Mandailing maso di na rinca (di
zaman Tuanku Nan Renceh), seorang Imam Paderi.
Pecahnya Perang Paderi dan disusuli kemasukan Belanda
mencetuskan perantauan orang-orang Mandailing ke Semenanjung Malaysia
di abad ke-19. Gerombolan Mandailing ini terlibat dalam Perang Rawa
1848, Perang Pahang (Perang Orang Kemaman), 1857-1863, Perang Selangor
(Porang Kolang), 1867-1873 dan Perang Perak, 1875-1876.
Paderi
|