|
Biografi
Tokoh-Tokoh
Ustaz
Melayu Masjidil Haram
Setiap kali selepas solat maghrib satu sudut diMasjidil Haram bergema
bagaikan suassana masjid kampung apabila Mohammad Abdul Kadir Mandili
muncul untuk memberi ceramah. Seperti biasa , awal awal lagi jemaah
Malaysia menyerbu sudut itu yang terletak berhampiran kaabah dan
selari dengan hajaratul Aswad.
Kebanyakan jemaaah yang pernah menjejakkan kaki di Masjidil Haram
cukup mengenali beliau yang sudah lebih 30 tahun menjadi guru agama
di masjid terulung itu. Mohammad yang berasal dari Alor Setar, Kedah
sudah menempa nama sebagai tokoh agama yang disegani di Mekah. Beliau
yang sudah lebih 50 tahun menetap di tanah suci, sebenarnya mengikut
jejak arwah bapanya yang pernah menjadi guru agama di masjid yang
sama.
Setiap tahun lebih dua juta umat Islam menunaikan haji berkunjung
ke Masjidil Haram dan sebab itu mereka yang dipilih menjadi guru
agama disitu bukan calang calang orangnya. Daripada 15 guru agama
yang mengajar secara tetap, Mohamad adalah satu satunya anak melayu
yang terpilih memikul tugas berat itu.
Sesuai dengan kebolehan Mohammad, pihak pentadbir masjid turut
menyediakan kerusi khas untuknya di sudut masjid itu. Kerusi khas
itu diwujudkan enam tahun lalu dan turut meliputi penceramah dalam
bahasa Cina dan Urdu di sudut berlainan.
Mohamad kelihatan begitu segak apabila vberjubah dan berkopiah
yang ditutup kain serban serba putih setiap kali beliau muncul untuk
memberi ceramah. Dengan raut wajahnya yang bersih dan tenang, beliau
menyampaikan ceramahnya dengan cara bersahaja dan sekali sekala
menggunakan loghat utara.
Kawan kawan hairan bagaimana setelah lebih setengah abad
saya tinggal di Mekah, saya masih fasih berbahasa melayu.
Katanya yang kini berusia 65 tahun.
Selain program ceramah selepas Maghrib, jadual tugas hariannya
meliputi mengajar anak tempatan daripada bangsa Pakistan, Bangladesh
dan Melayu pada sebelah pagi. Menyorot kisah hidupnya, Mohamad mempunyai
lapan adik beradik, tujuh daripadanya menjadi rakyat Arab Saudi.
Hanya adik perempuannya yang tinggal bersama keluarga di Sabah.
Ayahnya berasal daripada Mandiling, Indonesia dan berhijrah ke
Malaysia ketika berusia 14 tahun. Beliau belajar agam di pondok
Gajah Mati, Kedah dan ketika itu hidupnya sering dihimpit kesulitan.
Ada kala kerana sukar mendapat makanan. Beliau terpaksa makan pucuk
ubi serta tidur pula hanya berbantalkan buah kelapa.
Sebelum penjajahan Jepun, ayahnya berhijrah ke Mekah dan meneruskan
pengajian di Masjidil Haram. Ketika itu belum wujud universiti dan
Masjidil Haram dianggap universiti. Selepas mendapat bimbingan alim
ulamak di Masjidil Haram, beliau kemudian ditawarkan menjadi guru
agama disitu hinggalah beliau meninggal dunia ketika berumur 56
tahun.
Bagi Mohamad pula, pendidikan awalnya bermula di Madrasah Darul
Ulum, Mekah yang diasaskan oleh rakyat Malaysia/Indonesia. Selepas
itu mendalami lagi ilmu melalui bimbingnan ayahnya sebelum melanjutkan
pengajian di Universiti Madinah.
Mengikut ceritanya, dulu ramai keluarga enggan hantar anak mereka
ke sekolah agama kerana bimbang mereka sesat tetapi bapanya bertegas
mahu menghantar anaknya mengikuti pengajian agama dengan alas an
Kalau belajar hadis dan al-Quran pun mereka boleh sesat, biarlah
mereka sesat.
Beliau kini tinggal di sebuah banglo dua tingkat yang mempunyaiu
16 bilik, dikawasan Awali, tidak jauh daripada kota Mekah. Hasil
perkongsian hidup dengan dua isterinya beliau dikurniakan 18 anak
dan 42 cucu.
Cara hidup melayu masih sebati dengan jiwanya walaupun sudah lama
di perantauan. Ketika di rumah, beliau lebih selesa memakai kain
dan baju melayu serta bercakap Melayu dengan anggota keluarga. Bagi
mohamad, kemewahan tidak dating bergolek dan masih teringat ketika
mula mula menjadi guru agama dulu, beliau terpaksa mengambil upah
menjahit kerana gaji terlalu kecil.
Pengalaman lampau membuatkan beliau bersikap pemurah dan menurut
teman temannya, boleh dikatakan hampir setiap kali selepas ceramah,
beliau akan menjemput orang ramai kerumahnya dan menjamu mereka
dengan nasi bokhari.
Ketika musim haji baru baru ini, beliau mempelawa jemaah ke rumahnya
sambil berkata: Kita makanlah apa yang ada
sikit sama
sikit
banyak sama banyak. Pelawaan itu tidak mahu dilepaskan
begitu sahaja dan akhirnmya beliau terpaksa menyediakan tiga bas
untuk mengangkut jemaah kerumahnya. Bagi Mohamad, siapa sahaja yang
berkunjung kerumahnya dianggap saudaranya.
Walaupun perjalanan hidupnya sudah jauh, Mohammad tidak lupa kampung
halamannya di Malaysia serta masih segar di ingatannya kata kata
semangat pejuang kemerdekaan Datuk Onn Jaafar, iaitu Pemuda
harapan bangsa, hidup melayu.
Teringatkan kata kata keramat inilah membuatkan saya balik
ke Malaysia setiap tahun bagi memenuhi tanggungjawab sebagai pemuda
harapan bangsa. Tidak kiralahj sama ada saya ada cuti panjang atau
pendek, saya dan keluarga akan balik ke kampung.
Tuhan sudah memberi saya sedikit sebanyak ilmu dan ia bukan
untuk manfaat diri sendiri. Saya juga balik bukan untuk berseronok
seronok atau cari wang tetapi mahu mengajak umat Islam balik kepada
al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang sebenar.
Mohamad berpendapat masih banyak perkara khurafat mencengkam masyarakat
Islam hingga menjadi bebanan atau tekanan mental. Orang barat turut
mempercayai pelbagai khurafat tetapi mereka boleh maju, sebaliknya
orang Islam tidak boleh maju. Sebabnya khurafat mereka walaupun
lebih besar, seperti tidak percaya Allah dan Rasul, tidak menekan
kepada akal
hanya menekan kepada rohani.
Tetapi bagi orang Islam, khurafat menekan mental mereka
hingga
tidak boleh fikir. Sebagai contoh, dalam isu keramat, ada yang sanggup
makan ulat kaki tok guru yang sudah buruk kononnya tok guru itu
wali. Sebab khurafat menekan mental, mereka tidak dapat berfikir
dan pernah berlaku dalam satu kes anak murid seorang tok guru sanggup
makan ulat daripada kaki guru itu yang sudah busuk kerana percaya
tok guru itu seorang wali. Dengan berbuat demikian dia yakin boleh
jadi wali.
Ada orang akan menuduh saya tidak hormati wali. Bukan kita tidak
percaya wali. Kita tahu siapa wali dan apa itu keramat. Wali ialah
mereka yang menjunjung perintah Allah, manakala keramat ialah pemberian
Allah kepada hamba yang dia kasih. Wali bermakna kekasih Allah.
Apabila Allah kasih, Da beri sesuatu yang luar biasa.
Selain itu, Mohammad bimbang kerana berlaku banyak perkara bidaah
dalam ibadat harian. Banyak perkara dilakukan tidak mengikut cara
Rasulullah atau sunnah tetapi sebab sudah menjadi kebiasaan, ia
diterima sebagai cara yang betul.
Sebagai contoh, pernah satu ketika dulu ketika balik ke Malaysia,
beliau diminta mengimamkan solat dan apabila selesai, beliau terus
bangun untuk wirid serta berdoa secara sendirian. Tindakannya itu
dianggap ganjil serta mengundang pandangan serong jemaah masjid
berkenaan. Menurutnya, berdoa memang digalakkan dan menjadi bidaah
kalau tidak mengikut cara yang ditunjukkan Rasulullah.
Mohamad mengingatkan sesiapa yang menokok tambah perkara yang tidak
ada dalam ibadat, hanya melakukan kerja sia sia kerana amalannya
tidak diterima. Kalau ada yang berani tegur, mereka akan tuduh kita
ekstrimis atau pengikut mazhab baru. Sejak balik ke Malaysia pada
1974 sehingga sekarang, tuduhan yang sama dilemparkan terhadap saya
apabila ada usaha hendak membawa jemaah kembali kepada sunnah Rasulullah
dan syariat sebenar.
Lain kali, jika ada pihak mempertikaikan atau membuat tuduhan
melulu, saya akan menasihatkan mereka supaya merujuk kepada kitab.
Jika apa yang mereka dakwa itu memang ada dalam kitab, kita kena
terima tetapi kalau salah, kita hokum dia
kenapa berbohong
dan mahu merosakkan agama.
18 julai 1999
Metro Ahad
|