|
Lagenda
Marga
Misalnya nama marga Nasution dikaitkan dengan kesaktian
Si Baroar, iaitu nenek moyang marga tersebut, yang dikatakan orang
berasal dari perkataan nasaktion (yang sakti). Demikian pula nama
marga Rangkuti dikaitkan dengan keistimewaan marga tersebut, yang
konon ceritanya pada zaman dahulu kala mereka handal ilmu gaib,
maka disebut sebagai "orang yang ditakuti". Nama marga
Lubis pula dikaitkan dengan Bugis, kerana menurut lagenda marga
tersebut, nenek moyang bersama mereka iaitu Namora Pande Bosi berasal
dari Bugis sehingga timbul pendapat bahwa nama marga Lubis berasal
dari perkataan Bugis.
Gejala yang demikian itu barangkali bangkit dari keinginan untuk
menempatkan marga masing-masing pada kedudukan yang cukup istimewa
di tengah-tengah masyarakat. Asal-usul dan perkembangannya boleh
dikatakan hanya berupa legenda atau cerita-cerita lisan yang berbagai
versi dan variasi kerana diperturunkan dari mulut ke mulut dan dari
satu generasi ke generasi. Justru amat sulit mendapatkan kepastian
mengenai sejarah perkembangan marga-marga kecuali kalau tarombo
marga diterima sebagai suatu catatan sejarah yang sahih.
|