|
Sutan Puasa dan Kuala Lumpur

Keterangan gambar: Tapak kubu Sutan Puasa
itu ditanda sebagai 'istana' di sudut sebelah kanan peta Kuala
Lumpur 1889.
|
Bila dan siapa
sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur masih menjadi soalan
yang terbuka.
Pada mulanya dikatakan Yap Ah Loy yang telah mengasaskan Kuala
Lumpur. Yang pasti bukan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur
kerana dia adalah Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga. Kalau
ada orang Cina yang layak dipanggil pengasas Kuala Lumpur
tentulah dianya Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama.
Dalam pusingan kedua, Raja 'Abdu'llah diiktiraf
secara rasmi sebagai 'pengasas sebenar' Kuala Lumpur. Raja
'Abdu'llah yang dikatakan raja Melayu itu sebenarnay adalah
raja Bugis dari Riau.
Sebelum Raja 'Abdu'llah dan Raja Juma'at
membuka kelian bijih timah di Ampang pada 1857 dengan pertolongan
kuli-kuli Cina upahan mereka, Sutan Puasa sudahpun tinggal
dekat dengan Ampang.
Malah menurut Raja Yacob yang bermarga Nasution,
pengarang Tarikh Raja Asal dan Keluarganya, orang-orang Mandailinglah
yang membuka Ampang diketuakan pada awalnya oleh Raja Bernang
dan akhirnya Raja Banding. |
Ini masuk akal kerana pada ketika itu, penduduk
yang tinggal di pendalaman negeri Selangor adalah orang-orang dari
Sumatra. Orang-orang Mandailing dan Batu Bara meneroka kawasan pendalaman
Hulu Kelang kerana orang-orang Bugis dan Melayu sudah menetap di
pesisiran pantai sebelum kurun ke-19 lagi.
Semasa kawasan pelombongan dibuka di sekitar Ampang
dan Kuala Lumpur, orang-orang Mandailinglah yang berkelian bijih
timah di situ, di samping membuat relau, membeli timah dan berniaga.
Raja-raja Bugis memungut cukai dari orang-orang Mandailing di pengkalan-pengkalan
sungai.
Malah nama "Ampang" itu sendiri mungkin
diambil sempena ampangan yang dibina oleh orang Mandailing dalam
kerja-kerja berkelian timah. Air dipakai untuk mengeluarkan bijih
dari karang.
Ketika Sutan Puasa di Ampang, anak raja Mandailing
itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah
Sze Keledek dari Lukut. Kedua-dua pedagang Tionghua suku Haka itu
kemudian pindah ke Ampang setelah diberitahu oleh Sutan Puasa bahawa
mereka boleh cepat mengaut untung di Ampang.
Setibanya di Ampang, mereka memilih tempat sebatu
jauhnya dari pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang sebagai tapak
kedai mereka. Ini berlaku kira-kira pada 1859. Muara kedua-dua sungai
itulah kemudiannya dipanggil Kuala Lumpur - berlumpur barangkali
kerana kerja-kerja berkelian bijih timah di ulu sungai-sungai tersebut.
Jelaslah bahawa Sutan Puasa, Hiu Siew dan Ah Sze
Keledek memainkan peranan dalam pembukaan Kuala Lumpur. Hiu Siew
kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan
sokongan Sutan Puasa.
Sebagai "the leading Sumatran trader of Kuala
Lumpur" (pedagang utama anak-anak Sumatra di Kuala Lumpur Sutan
Puasalah yang memperkenalkan Hiu Siew dan Ah Sze Keledek kepada
pengusaha-pengusaha timah Sumatra di Kuala Lumpur.
Penabalan Yah Ah Loy
Sutan Puasa dan Raja Asal adalah "sahabat baik" dan "sahabat
karib" dan rakan perkongsian Yap Ah Loy. Apabila Yap Ah Loy
dipilih menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Sutan Puasa
memberi sokongannya. Istiadat keramaian yang meriah telah diadakan
untuk mengiktiraf perlantikan Yap Ah Loy, dan upcara penabalannya
disempurnakan oleh Raja Mahdi, seorang raja Bugis.
Sewaktu Yap Ah Loy 'ditabalkan', Sutan Puasa dan
Raja Asal diberi tempat yang istimewa. Penabalan itu berlaku pada
June 1869. To' Guru yang mengajar Raja Asal "ilmu kebal"
telah meramalkan bahwa genap seratus tahun dari hari keramaian itu
maka satu pergaduhan besar-besaran akan berlaku di Kuala Lumpur.
Ini membayangkan trajedi 13 Mei 1969.
Di babak-babak akhir Perang Kelang, persahabatan
dan perkongsian mereka terungkai kerana Yap Ah Loy menyokong Tunku
Kudin manakala Sutan Puasa dan Raja Asal menyebelahi Raja Mahdi.
Kuala Lumpur, sebuah kampung pada 1860an, hangus
dijilat api dalam peperangan itu, dan hanya dibangunkan semula sesudah
perang tamat.
Kubu Sutan Puasa di Bukit Nenas
Menurut Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Sa'id, pengarang Pesaka
Selangor, di penghujung Perang Kelang, "Orang2 Mandeleng serta
ketua2 mereka seperti Raja Asal dan lain2 yang di-Kuala Lumpur itu
sudah undor masok ka-negeri Perak, tetapi sa-tengah-nya ada juga
lagi dudok di-Kuala Lumpur dalam kubu Bukit Nanas."
Seorang ahli sejarah Inggeris berkata, "the
traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade,
originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the
cicil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who
had once occupied it."
"Tampuk tradisional kekuasaan Melayu (baca
Mandailing) di Kuala Lumpur adalah sebuah kubu, mulanya dibina pada
1860an di atas Bukit Nenas, dan dikenali sesudah perang saudara
(di Selangor) sebagai 'kubu Sutan Puasa' sempena (nama) kepala Melayu
yang pernah mendudukinya."
Seperti kebanyakan ahli-ahli sejarah Barat mahupun
tempatan, ahli sejarah Inggeris itu tidak tahu membezakan antara
beratus-ratus suku pribumi di kepulauan Nusantara. Sutan Puasa yang
bermarga Lubis itu bukan "kepala Melayu" tetapi kepala
Mandailing.
Nama asal Bukit Nenas ialah Bukit Gombak. Menurut
riwayat lisan orang-orang Mandailing, semasa Perang Kelang, nenas
ditanah di atas bukit itu semacam dawai berduri bagi menghadapi
kemaraan musuh.
Pedang Timan Yang Disegani
Sutan Puasa turut melarika diri sesudah Raja Mahdi kalah dan cuma
kembali ke Kuala Lumpur sesudah Inggeris berkuasa. Dia terus menjadi
pedagang timah di Kuala Lumpur.
Menurut Pasqual, seorang pegawai British yang bertemu
dengan Sutan Puasa, pedagang-pedagan Mandailing dianggap amanah
dan tidak mengurangkan timbangan dacing-dacing mereka, dan kerana
itu pelombong-pelombong Tionghua lebih suka timah mereka disukat
oleh Sutan Puasa daripada bangsa mereka sendiri.
The Malay tin dealers gave their customers a square
deal and were noted for not tempering with their "daching"
or weighing scale. As no tow dachings weighed alike, showing a difference
of one per cent more or less on the heavy or light side, it was
a common practice when a Chinese miner consigned his tin to a Chinese
shop-keeper who was financing his mine from Kuala Lumpur, for the
miner to stipulate that his tin be weighed in with the daching of
Sutan Puasa or Thamby Dollah or any of the other Malay merchants
he fancied.
"Peniaga Melayu (baca Mandailing) berurusan
dengan pelanggan-pelanggan mereka dengan saksama dan terkenal kerana
tidak memalsukan dacing mereka atau timbangan mereka. Lantaran timbangan
dua dacing tidak sama, berbeda lebih kurang satu peratus, lebih
berat atau lebih ringan, maka sudah menjadi kebiasaan bagi seorang
pelombong Cina yang meletakkan timahnya kepada seorang pekedai Cina
di Kuala Lumpr yang membiayai keliannya, untuk mensyaratkan supaya
timahnya ditimbang oleh dacing Sutan Puasa atau Thamby Dollah atau
sebarang saudagar Melayu (baca Mandailing) yang disenanginya."
Old and infirm when I first made his acquaintance,
the old warrior peaceably settled down in Ampang Street as a tin
merchant, buying the tin produced by the Chinese miners. "Tua
dan tidak berdaya bila saya (Pasqual) mula-mula mengenalinya, pendekar
tua itu duduk aman di Jalan Ampang sebagai pedagang timah, membeli
timah yang dikeluarkan oleh pelombong-pelombong Cina."
He was somewhat reticent by nature and never talked
about his exploits nor the hidden "gharone" of tin ingots
which were buried away during the "prang Mahdi", of which
he owned several but could not locate their whereabouts...
"Sifatnya semacam berat mulut dan dia tidak
pernah bercakap mengenai penglibatnnya (dalam Perang Kelang) atau
mengenai harta karun bijih timah yang disembunyikan (ditanamkan)
dalam Perang (Raja) Mahdi, ada beberapa kepunyaannya tetapi tidak
dapat dikesan di mana..."
Khabar mengenai harta karun itu telah menyebabkan
ramai orang mencarinya tetapi tidak berjaya.
Di akhir hayatnya, Sutan Puasa menetap di Kampung
Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan
Mandailing di Jalan Chow Kit.
Sutan Puasa yang dahulunya orang Mandailing yang
terkaya sekali di Kuala Lumpur, menjadi miskin sesudah perang. Sementara
bekas sahabat karib dan rakan perkongsiannya, Yap Ah Loy menjadi
pelombong yang paling kaya dan berkuasa sekali di Kuala Lumpur.
Sutan Puasa menghembus nafasnya yang terakhir pada
1326 Hijrah (c. 1909 Masihi) di rumah sahabatnya, seorang lagi Kapitan
Cina, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang.
Al-Fatihah.
|